KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.Najib yang juga Presiden UMNO berkata, ini kerana Shahrizat dipilih oleh anggota-anggota pergerakan itu sebagai ketua.
"Maka, tiada sebab untuk beliau letak jawatan (sebagai Ketua Wanita)," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shahrizat dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kira-kira 7,000 anggota wanita dari seluruh negara menghadiri perhimpunan itu.
Najib berkata, Shahrizat tidak harus dikorbankan atas kesalahan yang beliau tidak lakukan dan belum terbukti di mahkamah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.