jozan kenakan sebanyak RM50,000 untuk satu jam ?


Sebagai salah seorang pengikut program lawak nombor satu di Malaysia iaitu Raja Lawak (RL), Murai Batu tidak menafikan bahawa jatuh bangun program itu terletak kepada pasangan pengacara mereka.

Siapa lagi kalau bukan Johan dan Zizan atau lebih dikenali sebagai Jozan.

Lihat sajalah dari musim yang kedua sehingga musim yang terbaru, kebanyakan peminat lebih menunggu untuk melihat keletah Jozan berbanding peserta yang bertanding.

Jadi, tidak hairanlah andai kata RL berterusan untuk musim ke tujuh, nama Jozan selaku pengacara akan dikekalkan dengan bayaran gaji yang sangat tinggi.

Terlanjur Murai Batu menyentuh mengenai soal bayaran Jozan, Murai Batu terkesima selepas diberitahu sumber terdekat yang mendakwa Jozan sudah pandai demand dalam soal bayaran.

Murai Batu dengar cerita, Jozan telah meletakkan harga mereka sebanyak RM 50,000 hanya untuk persembahan dalam tempoh masa sejam.

Benar atau pun tidak tentang hal ini, Murai Batu perlulah menunggu penjelasan dari dua pelawak berkenaan bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Apa sekalipun, Murai Batu merasakan pelawak itu tidak wajar meletakkan harga sebegitu tinggi.

Yalah, sedikit sebanyak ia akan menunjukan sifat kedua-dua figura itu yang sangat tamak.

Baik Johan mahu pun Zizan, kedua-duanya sangat lebat dengan tawaran pengacaraan, lakonan dan nyanyian.

Mungkin juga, selepas ini golongan yang berpedapatan rendah sama sekali tidak boleh menonton persembahan mereka kerana tidak mampu. - Portal Murai
 
Ranking: 5
 
© Malaysi Hub | Informasi Terkini | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO